TAHUKAH ANDA?
1. Kain kapas adalah satu2nya fabrik di dunia yang tahan kepada semua jenis cuaca, bezanya hanya anda pakai lebih tebal atau nipis ikut keadaan ketika itu.
2. Merupakan sejenis material pembalut manusia yang hypoallergenic. Sesuai untuk rakan2 yang ada masalah kulit sensitif, senang dapat asma kerana habuk atau apa2 jenis alahan kulit, kain kapas ni sungguh sesuai kerana secara semula jadi ia tidak menerima habuk, hama atau mana2 bakteria jahat menjadi sekutunya di situ yang kemudian boleh menyakiti anda.
3. Merupakan gentian yang paling kuat. Tahan suhu tinggi ketika proses penyahkuman dilakukan. Contohnya.. kain kapas bila direndam dengan air menggelegak di hospital untuk mematikan kuman, keadaan nya masih baik dan tidak mengecut atau meregang.
4. Kain yang berongga dan mempunyai kitaran pernafasan yang baik.
5. Paling sesuai untuk bayi dan kanak-kanak. Kulit bayi dan kanak2 adalah sensitif, lembut dan memerlukan perlindungan yang terbaik. Selain dari meletakkan losyen,bedak, krim sapu dan lain2...baju yang diperbuat dari kain cotton adalah yang terbaik untuk mereka.
6. Pilihan terbaik untuk mereka yang mempunyai masalah bau badan dan peluh yang sentiasa bercucuran. Kain kapas mempunyai agent penyerap body odour secara semulajadi dan penyerap peluh dan air yang hebat!
7. Merupakan fabrik terbaik untuk orang sakit, orang tua, dan orang selepas pembedahan kerana kain kapas adalah penebat elektrostatik. Justeru itu, ia melindungi dari organ dalaman seperti jantung, paru2, perut dll dari dihentam oleh elektrostatik yang akan mengakibatkan pelbagai kesan sampingan kecil atau besar.
8. Kepada umat Islam, kain kapas adalah kesukaan baginda Rasulullah S.A.W. Terdapat hadis dari Anas yang meriwatkan sabda nabi ini.
sumber : http://www.facebook.com/pages/Galeri-Cotton/435338956554587
No comments:
Post a Comment